Di dalam Islam, berkhatan merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan kepada golongan lelaki dan perempuan selepas sampai waktunya. Adat berkhatan kebiasaan dilakukan apabila seorang anak lelaki telah berumur di antara 5-10 tahun. Ibu-bapanya akan mengadakan suatu istiadat bersurat atau berkhatan. Dalam majlis ini, anaknya akan duduk di atas pelamin seperti orang bersanding dan diadakan sebuah majlis kenduri yang besar selama 2-3 hari berturut-turut iaitu dari hari pertama untuk istiadat bersanding dan hari keduanya pula istiadat berkhatan. Di dalam majlis kenduri ini, diadakan adat-adat yang lain seperti membuat nasi kunyit diperasapkan dengan kemenyan dan diadakan adat Ayer Buyong pada hari yang ditetapkan untuk istiadat berkhatan. Tok Mudin iaitu tukang sunat yang ditempah akan memandikan terlebih dahulu kanak-kanak tersebut menggunakan air yang sejuk sperti di sungai, kolam, air terjun dan sebagainya. Batang pisang juga diperlukan dan merupakan bahan yang penting dalam upacara berkhatan ini selain wang pengeras sebanyak RM5. Di samping itu doa selamat juga di bacakan untuk memberkati majlis berkhatan tersebut dan selalunya yang menghadiri majlis ini terdiri daripada sanak-saudara dan jiran tetangga. Seterusnya, kanak-kanak yang ingin dikhatankan akan diberi makan lauk seperti ikan kering dan nasi yang tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka berkhatan itu. Selalunya luka berkhatan tersebut akan sembuh dalam lingkungan masa 1 bulan dan bergantung kepada cara pemakanan serta pantang larang yang diamalkan. Di dalam zaman yang seba moden ini pelbagai teknologi telah dicipta dan teknologi ini juga boleh dimanfaatkan dalam proses berkhatan. Jika pada masa dahulunya pisau yang tajam digunakan oleh Tok Mudim namun kini teknologi laser telah digunakan untuk proses berkhatan ini.
Antara cara hidup orang Melayu merangkumi pelbagai jenis gaya hidup seperti dari segi kesenian, amal ibadat, adat sopan, pakaian, pergaulan, makanan dan pertuturan.
Dari segi cara hidup, orang Melayu dalam amal ibadat ialah orang Melayu merupakan yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Dalam amal ibadat orang Melayu perlulah bersolat 5 waktu, berpuasa, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Orang Melayu mempunyai kewajipan dalam menunaikan solat kerana solat merupakan tiang agama dan pegangan utama bagi setiap umat Islam. Orang Melayu perlu mematuhi dan menuruti kehendak-kehendak Islam yang mewajibkan kepada setiap penganut agama ini menunaikan solat. Dalam amal ibadat lain adalah seperti membaca Al-Quran, berzikir, mengeluarkan zakat, menunaikan haji pada yang mampu serta banyak lagi amal ibadat yang boleh di lakukan. Selain itu, sesiapa yang bangun awal pagi untuk pergi bekerja dan menunaikan solat akan mendapat limpahan rahmat pintu rezeki yang di berikan oleh Allah S.W.T.
Selain itu, orang Melayu juga mempunyai adat sopan dalam kehidupan mereka. Hal ini selaras mengikut adat-adat dengan penyerapan unsur Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu pada hari ini. Antara adat sopan yang sering diamalkan ialah perkara yang dituntut dalam Islam iaitu adat sopan dalam memberi salam kepada sesama Islam dan bertegur sapa kepada orang yang bukan beragama Islam. Hal ini menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai sikap dan budi bahasa yang tinggi kerana budaya memberi salam menunjukkan seseorang itu saling menghormati antara satu sama yang lain. Selain itu dari segi adat ketika hendak makan contohnya orang Melayu akan membaca doa sebelum dan selepas makan. Disamping itu, orang Melayu menggunakan tangan kanan untuk makan dan mengambil sesuatu barang itu.
Dari segi cara hidup orang Melayu yang lain ialah dari segi makanan orang Melayu iaitu mereka memakan makanan yang halal dan terjamin tahap kebersihannya. Agama Islam melarang umatnya dari memakan makanan yang haram dan tidak bersih seperti khinzir, air arak, menghisap dadah kerana Islam menitikberatkan tentang halal haram serta kebersihan. Orang Melayu perlulah memakan makanan yang berkhasiat kerana dapat menjamin kesihatan yang baik, badan menjadi cergas dari segi mantel dan fizikal. Selain itu dapat mengelakkan terjadinya penyakit-penyakit yang kronik seperti Sesema Babi (H1N1) yang kian menular pada hari ini.
Di samping itu, cara hidup orang Melayu dapat dilihat melalui cara-cara pergaulannya. Dalam aspek pergaulan, Islam amat menitikkan tentang aurat dan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Hal ini disebabkan pergaulan bebas dan melampaui batasan agama menyebabkan keruntuhan akhlak. Dalam Islam telah menetapkan bats-bats pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa muhrim,berduaan di dalam gelap dan tempat sunyi serta pelbagai lagi batasan pergaulan yang perlu di jaga oleh setiap individu. Islam bukanlah agama yang menyusahkan penganutnya. Pergaulan antara anak dan ibu bapa juga diambil kira dalam Islam. Hal ini penting untuk menunjukkan perbezaan antara ibu bapa dengan anak. Contohnya ialah seorang anak perlulah patuh terhadap perintah dan suruhan kedua orang tuanya dan tidak boleh melampaui batas walaupun menjawab dengan perkataan ‘hah’ sekalipun. Seorang anak haruslah menghormati kedua ibu bapanya,saudara kita, kawan-kawan dan orang yang lebih tua. Semasa berlajar juga terdapat batas-batas dan tertibnya seperti adab ketika sedang belajar,dengan guru atau pensyarah dan bersama-sama dengan rakan sekolah. Guru perlulah dihormati kerana seseorang itu tidak boleh melanggar arahan yang baik dari guru kerana seseorang itu tidak akan mendapat berkat terhadap ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar.
Dalam pada itu, orang Melayu sangat terkenak dengan pakaian dan eksesori pakaiannya. Namun cara pemakaiannya perlulah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Dalam hal ini, Islam sangat mementingkan aurat dari segi pemakaian dan eksesori supaya tidak keluar dari landasan Islam yang sebenar. Pertuturan dalam berkomunikasi dalam kehidupan seharian sanagt di utamakan oleh orang Melayu. Hal ini disebabkan oranng Melayu sangat terkenal dengann lemah lembut dan kesantunann berbahasanya. Melalui cara komunnikasi yang baik, akan menimbulkan dan mecorakkan orang Melayu mempunyai budi bahasa yang tinggi..
mohon copy ya. terima kasih atas info tersebut
ReplyDelete