Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya
lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).
Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh
itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan
akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment